3.7 Penguncupan Otot Rangka
3.7.1 Jenis-jenis penguncupan otot

Otot tidak semestinya memendek apabila menguncup. Sebaliknya apa yang umumnya berlaku pada semua bentuk ialah pembentukan daya hasil daripada interaksi filamen-filamen aktin dan miosin dalam usaha kedua-duanya untuk menggelungsur melepasi kedudukan masing-masing dalam fiber otot.
(i) Penguncupan isometrik (penguncupan statik)
  • Penguncupan yang menghasilkan daya tetapi tidak mengubah panjang fiber otot semasa mengatasi rintangan yang statik.
(ii) Penguncupan Isotonik
  • Bentuk penguncupan di mana fiber-fiber otot memendek bagi menghasilkan daya mengatasi rintangan yang bergerak. Penguncupan isotonik boleh berlaku secara konsentrik atau esentrik. Penguncupan konsentrik melibatkan pemendekan fiber-fiber otot.
(iii) Penguncupan Isokinetik
  • Bagi penguncupan isokinetik, fiber-fiber otot menguncup pada kelajuan yang tetap mengatasi rintangan yang berubah-ubah. Peralatan khusus diperlukan untuk menghasilkan penguncupan jenis ini kerana rintangan maksimum diperlukan bagi semua julat pergerakan.

3.7.2 Contoh-contoh pergerakan yang melibatkan setiap jenis penguncupan otot rangka Penguncupan isometrik:
  • Contoh : Menolak dinding dengan kedudukan siku bengkok. Dinding tidak bergerak tetapi otot-otot trisep tidak dapat memendek untuk meluruskan siku. Penguncupan otot trisep berlaku secara isometrik.
Penguncupan Isotonik:
  • Contoh : Penguncupan bisep semasa mengangkat ‘dumbell’. Penguncupan esentrik melibatkan pemanjangan fiber otot.
Penguncupan Isokinetik:
  • Contoh : Pengunaan mesin “multi-gym’.

3.7.3 Halaju Penguncupan
  • Otot-otot rangka manusia terdiri dari gabungan fiber sentak cepat (fiber putih) dan fiber sentak lambat (fiber merah). Bagaimanapun peratusan kedua-dua jenis fiber otot adalah berbeza dari otot ke otot.

  • Fiber sentak lambat digunakan untuk penguncupan yang perlahan dan kekal (sustain). Fiber-fiber sentak lambat banyak didapati pada otot-otot postur.

  • Fiber sentak cepat digunakan untuk penguncupan yang pantas. Bagaimanapun penguncupan jenis ini tidak dapat bertahan lama.

  • Walaupun kesemua fiber otot boleh menguncup dalam kedua-dua keadaan aerobik dan anaerobik. Sebahagian darinya lebih sesuai untuk menguncup secara anaerobik.


(Sila klik pada imej untuk melihat saiz sebenar)

0 Comment