3.7 Penguncupan Otot Rangka
3.7.1 Jenis-jenis penguncupan otot

Otot tidak semestinya memendek apabila menguncup. Sebaliknya apa yang umumnya berlaku pada semua bentuk ialah pembentukan daya hasil daripada interaksi filamen-filamen aktin dan miosin dalam usaha kedua-duanya untuk menggelungsur melepasi kedudukan masing-masing dalam fiber otot.
(i) Penguncupan isometrik (penguncupan statik)
  • Penguncupan yang menghasilkan daya tetapi tidak mengubah panjang fiber otot semasa mengatasi rintangan yang statik.
(ii) Penguncupan Isotonik
  • Bentuk penguncupan di mana fiber-fiber otot memendek bagi menghasilkan daya mengatasi rintangan yang bergerak. Penguncupan isotonik boleh berlaku secara konsentrik atau esentrik. Penguncupan konsentrik melibatkan pemendekan fiber-fiber otot.
(iii) Penguncupan Isokinetik
  • Bagi penguncupan isokinetik, fiber-fiber otot menguncup pada kelajuan yang tetap mengatasi rintangan yang berubah-ubah. Peralatan khusus diperlukan untuk menghasilkan penguncupan jenis ini kerana rintangan maksimum diperlukan bagi semua julat pergerakan.

3.7.2 Contoh-contoh pergerakan yang melibatkan setiap jenis penguncupan otot rangka Penguncupan isometrik:
  • Contoh : Menolak dinding dengan kedudukan siku bengkok. Dinding tidak bergerak tetapi otot-otot trisep tidak dapat memendek untuk meluruskan siku. Penguncupan otot trisep berlaku secara isometrik.
Penguncupan Isotonik:
  • Contoh : Penguncupan bisep semasa mengangkat ‘dumbell’. Penguncupan esentrik melibatkan pemanjangan fiber otot.
Penguncupan Isokinetik:
  • Contoh : Pengunaan mesin “multi-gym’.

3.7.3 Halaju Penguncupan
  • Otot-otot rangka manusia terdiri dari gabungan fiber sentak cepat (fiber putih) dan fiber sentak lambat (fiber merah). Bagaimanapun peratusan kedua-dua jenis fiber otot adalah berbeza dari otot ke otot.

  • Fiber sentak lambat digunakan untuk penguncupan yang perlahan dan kekal (sustain). Fiber-fiber sentak lambat banyak didapati pada otot-otot postur.

  • Fiber sentak cepat digunakan untuk penguncupan yang pantas. Bagaimanapun penguncupan jenis ini tidak dapat bertahan lama.

  • Walaupun kesemua fiber otot boleh menguncup dalam kedua-dua keadaan aerobik dan anaerobik. Sebahagian darinya lebih sesuai untuk menguncup secara anaerobik.


(Sila klik pada imej untuk melihat saiz sebenar)

3.6 Interaksi Otot-otot dalam Pergerakan Rangka
3.6.1 Saling tindakan otot-otot

(i) Agonis
  • Otot-otot penggerak utama (prime movers)
  • Otot-otot utama menguncup untuk menghasilkan pergerakan khusus
  • Tindakan agonis menghasilkan lebih daya untuk pergerakan khusus
(ii) Antagonis
  • Otot-otot yang bertindak berlawanan dengan otot pengerak utama
  • Tindakan berlaku secara serentak dengan otot
(iii) Sinergis
  • Otot-otot yang membantu otot-otot penggerak utama
  • Sinergis menambah daya pada pelekatan otot
  • Sinergis juga menstabilkan sendi di mana otot-otot itu melekat

3.5 Lekatan otot
Setiap otot rangka dilekatkan pada sekurang-kurangnya dua tempat di tulang atau tisu-tisu penghubung yang lain.

Pelekatan proksimal
  • Tempat pelekatan otot pada tulang yang kurang bergerak.
Pelekatan distal
  • Tempat pelekatan otot pada tulang yang boleh bergerak. Apabila sesuatu otot menguncup tulang yang terdapat pelekatan distal otot ini akan bergerak ke arah tulang yang mempunyai pelekatan proksimal.
Jadual 2.3 Nama otot utama, lokasi dan pelekatan otot.

(Sila klik pada imej untuk melihat saiz sebenar)

3.4 Otot-otot Rangka yang Utama
3.4.1 Otot rangka
Rajah 2.7 Otot Rangka.


(Sila klik pada imej untuk melihat saiz sebenar)


3.3 Ciri-ciri Otot Rangka
3.3.1 Kebolehujaan (irritability/excitability)
  • Kemampuan otot bergerak balas pada rangsangan dengan mudah dan cepat.

3.3.2 Kebolehkuncupan (contractibility)
  • Kemampuan otot untuk memendek apabila menerima rangsangan.

3.3.3 Kebolehpanjangan (extensibility)
  • Kemampuan otot untuk memanjang melebihi panjang asal.

3.3.4 Kebolehanjalan (elasticity)
  • Kemampuan otot untuk kembali semula kepada panjang asal selepas memendek atau memanjang.

3.2 Jenis-Jenis Otot

Terdapat tiga jenis otot iaitu otot rangka, kardiak dan licin. Otot-otot ini dapat dibezakan berdasarkan lokasi, struktur dan fungsinya.

Jadual 2.2 Membanding otot rangka dengan otot-otot lain.



(Sila klik pada imej untuk melihat saiz sebenar)

3.1 Pengenalan
3.1.1 Komponen sistem otot rangka:
(i) Fiber otot

  • Fiber otot adalah sel-sel otot
  • Diameternya boleh mencapai sehingga 100mm dan panjangnya 30-40cm
  • Setiap fiber berjalur dan mengandungi banyak nukleus
(ii) Tisu penghubung

Endomisium
  • Setiap fiber otot dilitupi selaput tisu penghubung halus yang dikenali sebagai endomisium
Perimisium
  • Perimisium adalah membran berserat yang menyaluti beberapa fiber otot bagi membentuk berkas fiber otot yang dikenali sebagai fasikel
Epimisium
  • Keseluruhan badan otot yang terdiri daripada fasikel-fasikel ini disaluti tisu penghubung kasar yang dikenali sebagai epimisium
Tendon
  • Pada penghujung otot epimisium bersatu untuk membentuk tendon yang melekatkan otot secara tidak langsung kepada tulang. Kartilej atau tisu-tisu penghubung yang lain.
(iii) Tendon
  • Tisu fiber kolagen yang melekatkan otot kepada tulang
  • Tendon tidak begitu kenyal
  • Ia menghasilkan daya ketegangan yang tinggi

3.1.2 Fungsi Otot

(i) Menghasilkan pergerakan
  • Penguncupan otot rangka menghasilkan pergerakan seperti berjalan dan menulis.

(ii) Mengekalkan postur
  • Otot memberi bentuk pada manusia menyokong tubuh badan dan mengekalkan postur.

(iii) Menstabilkan sendi
  • Selain menarik tulang-tulang untuk menghasilkan pergerakan, otot-otot juga membantu menstabilkan sendi-sendi rangka.

(iv) Menghasilkan haba
  • Sel-sel badan menghasilkan haba sebagai aktiviti sampingan otot. Haba penting bagi mengekalkan suhu normal badan. Otot rangka menghasilkan kebanyakan haba pada badan memandangkan 40% jisim badan terdiri daripada otot rangka.